SEJARAH / LATAR BELAKANG PSS SMLP
Pada tahun 1965 – SM.St.Mary dibuka dengan bilangan pelajar seramai 36 orang. Pengetua pertama Rev. Fr.Van Verzen. ( 1965 – 1966 ) . Bilik kelas pertama terletak di Blok C.
Pada tahun 2001 – Dewan terbuka telah dirobohkan dan dibina bangunan dua tingkat untuk blok Pusat Sumber dan Dewan Terbuka Baru. Bilik guru juga telah diperbaiki. Bangunan itu kini dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah.
Menjelang akhir tahun 2007 Pusat sumber sekolah ini telah mempunyai kira-kira 14,000 naskah buku daripada pelbagai jenis. Peruntukan terus diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk menambahkan lagi bilangan buku. Separuh daripada peruntukannya itu digunakan untuk membeli buku-buku ilmiah dan rujukan sementara yang separuh lagi digunakan untuk melengkapkan kelengkapan di pusat sumber.
Memandangkan perkembangannya yang begitu pesat, pihak sekolah dengan bantuan guru-guru pusat sumber telah berusaha untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat yang selesa untuk menuntut ilmu. Serentak itu perpustakaan ini telah dilengkapkan dengan alat penghawa dingin dan saliran Astro. Selepas itu, usaha-usaha diteruskan untuk melengkapkan lagi perpustakaan ini dengan sistem automasi pada tahun 2009. Melalui sistem automasi buku-buku baru yang diperoleh setakat bulan Mac 2010 ialah kira-kira 5000 buah.
GURU PUSAT SUMBER DARI TAHUN 2001 HINGGA SEKARANG
| 2001- | KETUA
PEMBANTU |
:NORAFIDAH NORALIDIN
:ANASTASIA BERNADAS |
| 2004- | KETUA
PEMBANTU |
:NORAFIDAH NORALIDIN
:NORHAFIZAH AHMAD |
| 2007- | GURU MEDIA
PEMBANTU |
:NORHAFIZAH AHMAD
:IMELDA GEORGE |
| 2009 | GURU MEDIA
PEMBANTU PEMBANTU |
:NORHAFIZAH AHMAD
:WONG CHIN YEAN (PAGI) :NANCY WONG LING FONG (PETANG) |
| 2010 | KETUA
PEMBANTU PEMBANTU |
:YEO MEI MEI
:MAZILAWATI MININ (PAGI) :NORHAFIZAH AHAMD (PETANG) |
