PERATURAN PSS SMLP

ARAHAN DAN PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH:Pelajar)

(I )         PERATURAN AM

Pelajar dibenarkan mengguna kemudahan di pusat sumber pada masa perkhidmatan pusat sumber.

(Sila rujuk masa penggunaan pusat sumber di Sudut Informasi di luar pusat sumber)

 (II)               PERATURAN KHUSUS

 1.     PAKAIAN SEMASA DI PUSAT SUMBER

 a.     Dikehendaki berpakaian kemas dan bersih.

b.     Pakaian pelajar dengan seragam sekolah.

c.     Tidak dibenarkan memakai selipar,seluar pendek atau seluar sukan.

d.     Tidak dibenarkan memakai topi atau yang seumpamanya.

 2.     DISIPILN

a.     Adalah dilarang keras membuat bising di dalam pusat sumber dan di luar kaki lima pusat sumber.

b.     Tidak dibenarkan berbual-bual di dalam pusat sumber.

c.     Tidak boleh makan atau minum di dalam pusat sumber.

d.     Perbincangan yang boleh mengganggu keselesaan orang lain adalah ditegah sama sekali.

e.     Dibenarkan masuk ke pusat sumber dengan  pengawalan guru / pembantu pusat sumber atau pengawas pusat sumber.

f.       Dilarang  masuk ke kaunter edaran/pinjaman/pemulangan buku.

g.     Dilarang membuang sampah merata-rata di pusat sumber. Gunakan bakul sampah yang telah disediakan.

h.   Dilarang membawa buku bacaan sendiri ke pusat sumber,kecuali dengan kebenaran guru yang berkenaan.(Buku  tulis adalah dibenarkan  )

 3.     AMARAN

GURU DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SENTIASA MENGAWASI GERAK GERI  PENGGUNA PUSAT SUMBER.MEREKA YANG MELANGGAR PERATURAN  PUSAT SUMBER AKAN DIAMBIL TINDAKAN KERAS MENGIKUT PANDUAN YANG SEDIA ADA.

 a.     Menggantung pinjaman buku.

b.     Dilarang daripada masuk atas menggunakan pusat sumber mengikut tempoh yang ditentukan oleh guru pusat sumber

 c.     Nama pesalah laku tersebut akan dipamerkan di dalam pusat sumber atau di lain-lain tempat yang difikirkan sesuai.

d.     Guru pusat sumber berhak memikirkan apa-apa sahaja langkah yang perlu diambil bagi menjamin penggunaan pusat sumber sempurna.

 (III)               PERATURAN PINJAMAN / PENGGUNAAN & PEMULANGAN  BUKU-BUKU PUSAT SUMBER:

a.     Letakkan buku yang telah dibaca pada rak-raknya mengikut nombor pengkelasannya ATAU letaknya di troli buku untuk memudahkan pengawas pusat sumber menysusunnya semula  di rak.

b.     Peminjaman buku hanya dibenarkan dengan kad pinjaman yang disahkan.

c.     Dilarang  menggunakan kad orang lain.Jika dapat dikesan,kad tersebut akan dirampas.

d.     Kad-kad yang telah dipadamkan nama atau nombor dengan cecair pemadam dan ditulis semula tidak akan dilayan.

e.     Adalah kesalahan besar jika menconteng,mencakar,mengoyak atau seumpamanya dan membawa keluar buku secara haram.

f.       Tanggungjawab peminjam di atas keselamatan buku selama itu berada dalam pinjamannya.Sebarang kerosakan atau sebagainya perlulah diganti.

g.     Buku yang lewat dikembalikan mengikut tarikh pemulangan,maka peminjam tersebut  akan didenda sebanyak RM 0.10(sepuluh sen) bagi setiap hari lewat.

h.     Peminjaman boleh dibuat pada waktu rehat atau waktu-waktu yang dibenarkan.