NILAM

Pengenalan :
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
* Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
* Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
* Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat :
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif :

1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.