AKTIVITI BULAN MEMBACA 2010-JULAI

1.      PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

 

-         Terbuka kepada semua pelajar sidang petang.

-         Tema : i- Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

         ii- Membaca Santapan Minda Sekeluarga

-         Tempat : Kelas

-         Tarikh : 12/07/2010-16/07/2010 (salah satu hari)-2 waktu    

-         Masa     : Semasa Kelas Pendidikan Seni

-         Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas)

-         Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis  

-         Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

 

2.  PERTANDINGAN MELENGKAPKAN CERITA

 

-   Melibatkan semua pelajar sidang pagi sahaja

-   Setiap pelajar dikehendaki melengkapkan jalan cerita yang diberikan berdasarkan kreativiti, pengetahuan dan pengalaman masing-masing.

-   Soalan akan diberikan semasa hari pertandingan

-   Tempat: Kelas

-   Tarikh : 12/07/2010-16/07/2010

-   Masa: Semasa Kelas Bahasa Malaysia

-   Hakim Pertandingan: Guru-guru BM (mengikut kelas)

-          Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

 

3.        PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP

 

-         Terbuka kepada semua pelajar.

-         Penyertaan adalah secara berkumpulan

-         Tema : i – Satu Malaysia

-               ii – Rancangan Malaysia ke-10

-         Tarikh Tutup  :  30 Julai 2010        

-         Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

4.        PERTANDINGAN PONDOK MEMBACA

 

-         Melibatkan setiap kelas sidang pagi sahaja.

-         Setiap kelas akan diagihkan satu pondok dibawa jagaan

-         Memperbaiki keadaan pondok membaca dengan suasana pembacaan  

-         Masa       : Sepanjang bulan Julai 2010

-         Penilaian        :Bila-bila masa (Juara akan ditentukan berdasarkan kebersihan, keceriaan, kreativiti dan isi kandungan)

 

5.        PERTANDINGAN SUDUT BACAAN DI KELAS

 

-         Melibatkan setiap kelas sidang petang sahaja.

-         Setiap kelas perlu wujudkan satu sudut bacaan

-         Melengkapakan keadaan sudut bacaan dengan bahan bacaan yang pelbagai

-         Masa       : Sepanjang bulan Julai 2010

-         Penilaian        :Bila-bila masa (Juara akan ditentukan berdasarkan kebersihan, keceriaan, kreativiti dan isi kandungan)

   

6.        BULAN PENGAMPUNAN

Sepanjang bulan Julai, pelajar yang lewat menghantar buku tidak akan dikenakan sebarang denda atau bayaran.

 

7.        REKOD PEMBACAAN NILAM TERBANYAK BULAN MEMBACA

Pemenang dikira berdasarkan rekod pembacaan NILAM terbanyak sepanjang bulan Julai.

Pelajar yang masih kosong bacaan NILAM dari awal tahun akan dikenakan dimerit.

 

8.        PEMASANGAN LAGU SEMPENA BULAN MEMBACA

Lagu akan dipasang semasa waktu rehat pagi dan petang setiap hari

PROGRAM PENGISIAN HARI JUMAAT PELAJAR SIDANG PETANG SEMPENA BULAN MEMBACA JULAI 2010 ANJURAN PUSAT SUMBER

MASA: 11:50-1:20 PTG

TEMPAT: DEWAN TERBUKA

OBJEKTIF: Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah supaya dapat memupuk semangat kerjasama 1 harapan, 1 semangat, 1 sekolah, 1 Malaysia dan menghargai masa yang ada.

 

AKTIVITI:

BIL TARIKH AKTIVITI
1 02 JULAI 2010 NILAM (MOBILE LIBRARY)
2 09 JULAI 2010 PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT
3 16 JULAI 2010 PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA
4 30 JULAI 2010 PERTANDINGAN BERCERITA

SYARAT:

1. NILAM (MOBILE LIBRARY) (02 JULAI 2010)

ü        Buku NILAM dan mobile library diagihkan kepada setiap pelajar.

ü        Setiap pelajar diwajibkan menghasilkan sekurang-kurangnya 3 NILAM dalam masa yang disediakan.

ü        Buku NILAM dikutip selepas aktiviti dan mobile library dikira semula.

 

2. PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT (09 JULAI 2010)

ü        Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, majalah lama, gam, gunting dan kad manila.

ü        Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk/ topik dan mencari maklumat dalam bahan yang sedia ada.

ü        Pelajar perlu menghasilkan hasil kerja mereka dalam bentuk kad manila.

ü        Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan.

 

3. PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (16 JULAI 2010)

ü        Setiap kumpulan akan diberikan satu set silang kata yang merangkumi 5 bidang: Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, dan Pengetahuan Am.

ü        Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan silang kata yang disediakan.

ü        Pemenang dikira berdasarkan jumlah betul yang paling banyak.

ü        Markah dan jawapan akan dipaparkan.

ü        Pemenang berdasarkan kumpulan.

 

4. PERTANDINGAN BERCERITA (30 JULAI 2010)

ü        Setiap kumpulan diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta.

ü        Pelajar dikehendaki membuat persediaan lebih awal.

ü        Masa diperuntukan untuk setiap orang ialah 5 minit sahaja.

ü        Pemenang berdasarkan kepada jumlah merkah keseluruhan setiap kumpulan.

ü        Hanya satu kumpulan dipilih sebagai pemenang.



Leave a Reply